Sunday, December 14, 2014

RESIPI: IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN CILI & LIMAU NIPIS oleh mamak haji

Menu hari ini..IKAN SIAKAP MASAK KUKUS CILI DAN JUS LIMAU NIPIS (Steamed with chili and Lime atau dalam bahasa Thai, "Prik Kee Noo", masakan ini sangat popular di Thailand kerana ia makanan sihat dan cepat masak.
RESIPI: IKAN SIAKAP KUKUS DENGAN CILI & LIMAU NIPIS:
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1 ekor ikan siakap segar (berat diantara 600 - 800gm).
- 3 batang serai- ketuk perdunya.
- 5-7 ulas bawang putih (150gm) dicincang.
- 6 cili padi jenis merah dihiris.
- 2 sudu besar hirisan batang daun ketumbar.
- 4 sudu besar kicap sos ikan.
- 3 biji limau nipis sederhana besar ambil jus (1/4 cawan).
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 2 kiub ayam segera maggi larutkan dalam 1/2 cawan air.
- Daun pisang / kertas aluminium untuk mengalas ikan.
- sedikit daun ketumbar untuk hiasan atas.
Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan, buat kelaran 3 atau 4 pada di dua belah ikan. ambil sedikit garam dicairkan dalam jus limau nipis dan sapu keseluhan ikan terutamanya dibhg perut ikan. Boleh tambah sedikit serbuk lada putih dan perasa makanan (aji).
2. Serai yg telah ketuk tempatkan di perut ikan. Ambil loyang kecil sedikit dari bekas kukus, lapikan dengan daun pisang atau aluminium foil. Ia bertujuan utuk kita senag mengalihkan pada pinggang hidangan (ikan yg telah masak akan terlalu lembut).
3. Masukkan bawang putih cincang, hirisan btg ketumbar, cili padi merah, jus limau nipis dan air stok ayam dan juga sos ikan. garam diganti dgn sos ikan. Tentukan loyang kukus anda ada ruangan untuk wap air bebas bergerak utk masak ikan.
4. Masukkan serai,lengkuas dan akar ketumbar dalam air kukusan dalam bekas kukus.
5. Tutup tudung alat kukus dan kukus dgn api dapur yg tinggi selama 15-20 minit ikut saiz ikan. Keluarkan ikan yg telah kukus masak ke pinggan hidangan. Taburkan daun ketumbar dan hirisan bulat limau nipis. Jamu panas-panas. Selamat mencuba.

No comments: