Tuesday, December 23, 2014

RESIPI: SAYUR GORENG BOK CHOI DENGAN SOS TIRAM oleh mamak haji

RESIPI: SAYUR GORENG BOK CHOI DENGAN SOS TIRAM:
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- 500gm atau 4-5 pokok Pak Choi.
- 2 atau 3 sudu besar sos tiram.
- 2 ulas bawang putih. - ketuk dan dicincang kasar.
- 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
- 1/2 sudu gula hitam.
- 1 sudu kecil tepung jagung di jadikan bancuhan dengan 2 sudu besar air.
- 1/4 cawan atau 4 sudu besar air.
- sedikit kicap sos ikan jika kemasinan perlu ditambah.
- 2 atau 3 sudu besar minyak masak.
Cara Menyediakan:
1. Basuh dan toskan air dan ditepikan. Sekiranya perdu sayur bok choi ini besar sedikit, potong 2 atau 4 bahagian menegak untuk mudah basuh dan cepat masak. Stail masak ini tak perlu leraikan daun satu demi satu yea.
2. Masak air dalam pot sehingga didih. Masukkan garam..lebih pun tak apa. Titiskan dua tau tiga titis minyak masak,masukkan sayur bok choi yg telah basuh dan potong.
3. Apabila air mulai mendidih kembali atau kehijauan mulai tukar kepada hijau muda, keluarkan sayur bok choi itu. Masukkan dalam bekas air ais atau air paip untuk matikan haba di dalamnya dan garingkan tekstur sayur. Toskan air sehingga kering sedikit dan susun di pingan hidangan. Jangan didihkan sayur bok choi lebih dari 3 minit akan menyebab sayur anda pucat dan lembik.
4. Panaskan kuali dan masukkan sos tiram, serbuk lada putih dan air 4 sudu besar. Bila sos ini mula mendidih, masukan bancuhan tepung jagung dan kaca rata. Bila kepekatan sudah dicapai, tuangkan keseluruhan sos ini ke atas bok choi yg telah tersusun di pingan hidangan.
5. Basuh kuali dan panaskan kembali. masukkan minyak masak dan tumis bawang putih. Bila warna bawang putih bertukar kuning kemasan tuang keseluruhan minyak dan bawang putih ke atas sayur bok choi.

Thursday, December 18, 2014

Petua Untuk Melebatkan Rambut

Petua Untuk Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan 2 kali seminggu.

Wednesday, December 17, 2014

Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang



Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kitab Bustanul Arifin 

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): 

"Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi"

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.

Doa ini diambil daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam

Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali.

Tuesday, December 16, 2014

Khasiat Bawang Merah

Khasiat Bawang Merah
1. Mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
3. Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
4. Baik untuk rambut
Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut bermanfaat untuk kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana bawang merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta menghentikan rambut rosak.
Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya. Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif terhadap pertumbuhan rambut.
5. Mencerahkan kulit wajah & menghapus bintik hitam
Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan si bawang merah. Caranya mudah sahaja. Hiris bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.
6. Meredakan kesakitan
Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut, meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan untuk mengurut.