Thursday, December 18, 2014

Petua Untuk Melebatkan Rambut

Petua Untuk Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan 2 kali seminggu.

Wednesday, December 17, 2014

Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang



Doa Memohon Dikembalikan Barang yang Hilang

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kitab Bustanul Arifin 

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): 

"Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi"

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.

Doa ini diambil daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam

Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali.

Tuesday, December 16, 2014

Khasiat Bawang Merah

Khasiat Bawang Merah
1. Mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
2. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.
3. Jika anda mempunyai bisul, sapukanlah bisul anda dengan bawang merah kerana bawang merah dapat membantu meredakan bengkak pada bisul anda.
4. Baik untuk rambut
Jangan terkejut, kerana bawang merah bukan hanya sebagai penyedap masakan, tetapi turut bermanfaat untuk kecantikan. Salah satunya, untuk rambut kerana bawang merah mengandungi pelbagai nutrisi termasuk sulfur yang membantu menyuburkan rambut serta menghentikan rambut rosak.
Selain itu kandungan bawang merah juga aktif sebagai anti bakteria yang berupaya untuk mencegah kelemumur. Gunakan jus bawang merah pada kulit kepala sambil mengurutnya. Cara ini boleh membantu meningkatkan perjalanan darah dan memberikan efek positif terhadap pertumbuhan rambut.
5. Mencerahkan kulit wajah & menghapus bintik hitam
Bawang merah mengandungi asid semulajadi yang boleh mencerahkan kulit. Bintik-bintik hitam pun boleh dihilangkan dengan bantuan si bawang merah. Caranya mudah sahaja. Hiris bawang bentuk empat segi kecil, sapukan getah bawang merah pada bahagian bintik-bintik hitam. Biarkan selama 10 minit dan bilaslah dengan air bersih. Lakukan pada setiap hari sehingga bintik-bintik hitam tersebut hilang.
6. Meredakan kesakitan
Bawang merah juga boleh mengubati penyakit ringan seperti kuman di dalam mulut, meredakan radang otot dengan cara mencampurnya dengan minyak kelapa dan digunakan untuk mengurut.

Monday, December 15, 2014

PETUA MASALAH KENCING TAK LAWAS

PETUA MASALAH KENCING TAK LAWAS
Boleh cuba mana-mana cara-cara berikut...
1. Daun sirih :
Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.
2.Air barli :
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. InsyaAllah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.
3. Air basuhan beras terakhir :
Boleh kat isteri simpam segelas. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda tu sembuh.
Sebaikknya guna air yg ditapis
4. Jus Nenas yg kurang masak :
Buang kulit dan potong/hilis dengan beberapa potong, masukkan 2 potongan dalam 2 gelas air dan kisar. Airnya bolehlah diminum. Mudahan selesai masalah.
Sebaiknya mulakan dengan niat, dan berdoa pd Allah supaya sembuh.
Selamat mencuba dan semoga berhasil.

tazkirah hari 136:Mengetuk Pintu Rezeki Bhg1 (Tanyalah Ustaz TV9)

Sunday, December 14, 2014

Tazkirah hari 135:Tanyalah Ustaz 2011 - Masalah Suami Isteri

tazkirah hari ini 134:Tanyalah Ustaz 2011 - Masalah Suami Isteri

5 petua wajah berseri

CARA TARIK PERHATIAN ALLAH oleh ustaz nasir



CARA TARIK PERHATIAN ALLAH
Bagaimana cara untuk Dia menyebut nama kita disebalik jutaan serta berbillion-billion makhluk NYA yg lain?
Mari kita kongsi tips ini:
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Perbanyakkan selawat.
Paling kurang 100 x sehari, kerana itulah antara cara terbaik untuk dapatkan perhatian Allah.
Pasti Dia akan selawatkan kita dalam ertikata : naikkan darjat kita 10 x, berkat 10 x, rezeki ditambah 10 x ganda dan hidup kita berada dibawah radar pemerhatian & pimpinan Nya 10 x ganda.... insyaAllah

RESIPI: AYAM MASAK PERCIK oleh mamak haji

RESIPI: AYAM MASAK PERCIK.
Bahan-bahan Yang Diperlukan:
- 5 ketul Peha Ayam penuh (agak berat dlm 250gm setiap satu).
Bahan-bahan Perap Ayam - kisar atau tumbuk halus:
- 5 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.
- 2 btg serai dihiris.
- 1 inci kunyit hidup.
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar.
- Garam secukup rasa.
Bahan-bahan untuk jadikan kuah Percik:
- 7-10 ulas bawang merah (kecil). *kisar dan Tumis.
- 3 ulas bawang putih.*Kisar dan Tumis.
- 2 sudu besar cili kisar.*Kisar dan Tumis.
- 10 biji buah keras dihiris.*Kisar dan Tumis.
- 5 tangkai cili merah segar dapatkan warna kemerahan cantik. *Kisar dan Tumis.
- 1 sudu kecil biji halba *kisar dan Tumis.
- 1 sudu kecil gula.
- 500ml santan pekat.
- 1/2 cawan air stok ayam - atau 2 kiub stok knorr dan 1/2 cwn air.
- Minyak masak untuk menumis.
CARA-CARA MENYEDIAKAN;
1. kisar semua bahan-bahan yg diperlukan utk perap ketulan ayam selama 2 jam. Masukkan ketulan ayam yg telah perap dlm oven dgn suhu oven 200C dan set masa 40 minit. Pada akhir 10 minit tinggikan suhu oven pada 250C utk dapatkan kulit ayam terbakar sedikit.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk tumis, bila minyak panas, masukkan serai yg telah diketuk dan diikuti dgn bahan-bahan tumisan yg bertanda*. Selepas bau nya naik masukkan santan, garam, gula, dan air stok ayam. Biarkan mendidih dan menjadi kuahnya pekat.Kita gunakan buah keras utk kepekatan kuahnya. Kalau santan saja terlalu mahal. Dengan sebab itu mamak haji kurangkan 1/2 liter santan.
3. Bila siap kuahnya tuangkan kuah percik itu ke atas ayam yang dibakar..jadilah dia ayam percik. Insha Allah sedap dan amat disukai anak-anak.