Saturday, November 9, 2013

Kuliah Sheikh Zainul Asri Bah 1

http://www.youtube.com/v/x5-ln_0Xawk?version=3&autohide=1&showinfo=1&autohide=1&autoplay=1&feature=share&attribution_tag=ovpupTqF3VAeVAH81QISig

Wednesday, November 6, 2013

Kuliah Tauhid Sheikh Mohamad Zainol Asri Hj Romli

http://www.youtube.com/v/KqT96BZQOwI?autohide=1&version=3&feature=share&showinfo=1&autohide=1&attribution_tag=5JxRyzn8iLv1pagf3Tm1ng&autoplay=1

ayatul mahabbah


Do you know that, there are 6 Sunnah to drink a glass of Water ??

Do you know that, there are 6 Sunnah to drink a glass of Water ??

1) Drink water with Right Hand.
2) Drink water by sitting.
3) Start Drinking water with Saying “Bismillah”.
4) See the water before Drinking.
5) Drinking water in 3 steps.
6) After finishing saying “Alhamdullilah

Doa elak sifat Pemalas


Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi



Petua Memasak Sup Ketam Untuk Merawat Demam Denggi

Bahan:

a. Ketam 2 ekor
b. 2 biji buah pelaga
c. Kayu manis sepanjang jari kelingking
d. Sekuntum bunga lawang
e. Bawang putih 5 biji ditumbuk
f. Halia sebesar ibu jari diketuk
g. Serbuk lada hitam/lada putih
h. 3 cawan air
i. Garam secukup rasa
j. Minyak untuk menumis
k. Bawang goreng, daun sup dan daun bawang

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau.

2. Masukkan bawang putih, halia, dan biarkan seketika.

3. Kemudian, masukkan air, serbok lada dan garam. Biar mendidih, kemudian masukkan ketam.Biarkan selama 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dengan kuah.

4. Matikan api dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang telah diricih.


kisah benar

Kisah Benar – Awak Hanya Ada 1 Hari Sahaja Untuk Hidup | Apa yang ditulis ini diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya. Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan? Jawab Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya…. Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, “Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian“ Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?” Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua. Apa yang disesalkan: 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas. 2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati 3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas. 4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan 5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau. 6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan. 7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka. 8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu. 9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar 10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian. Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah benar ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

RESEPI PERIA GORENG TELUR:

RESEPI PERIA GORENG TELUR:

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

2-3 biji Peria "Cina". Dibasuh potong buang kedua hujungnya. Memotong lintang kalau panjang potong 3 atau 4 bhg. Dengan menggunakan belakang sudu keluarkan semua isi bijinya. Hiriskan peria melintang tegak setebal 5mm. Peria yang telah hiris perlu direndam sekurang-kurang 5 minit dengan air garam untuk menghindarkan rasa pahit yang terlampau. Toskan dan sedia untuk digoreng.
2 biji telur di pukul.
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
1-2 sudu besar (tbsp) gula.
2 ulas bawang putih dikupas kulit, diketuk dan dihiris (cincang).
1/2 biji bawang labu dihiris halus.
1/4 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk kasar.
CARA MENGORENG:

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, bila minyak mulai panas, masukkan bawang putih di ikuti dengan hirisan bawang. Tak perlu garingkan, cuma layukan sudah memadai (kerana kita perlu layukan ula peria bersama bawang putih dengan bawang hirisan tadi akan garing bersama dengan hirisan peria).

2. Masukkan hirisan peria (tentukan air telah ditoskan dan berada dalam keadaan kering) dalam kuuali dan layukan selama 1-2 minit. Renjiskan kicap cair atau kicap sos ikan untuk memasinkan sedikit (anda perlu tahu kita telah pun rendamkan peria dalam air garam). Teruskan goreng selama 1-2 minit lagi. Peria yang telah masak boleh ditentukan dengan tekan sudip pada hirisan peria ia akan putus dua dgn dengan mudah. Jika anda tidak mahir lagi menggunakan api dapur, goreng dengan api sederhana dan tentukan hirisan peria nada masak. Masa diberikan biasanya untukyang sudah pro dalam mengendalikan api dapur. Tak perlulah anda ikut sangat masa itu. Janji yang masak itu perlu masaka dan bila masak sayur perlu faham, haba yang terdapat dalam masakn itu akan masak 1/4 lagi bahan masakan itu. Dengan sayur yang masak di atas kuali dengan api dapur perlu dikelurkan 3/4 masak. 14 lagi ia masak dengan haba yang masih terdapat dalam masakan.

3. Ratakan semua hirisan peria dipermukaan kuali supaya telur yang akan dimasukkan ke atasnya akan diselaputi keseluruhan hirisan peria tadi. Masukkan telur yang dipukul ke atas hirisan peria yang sedang digoreng. Biarkan selama 1/2 minit. Selepas itu terbalikan keseluruhan peria supaya telur masak sama-rata.

4. Disini anda boleh hidangkan peria ini seperti cara telur bawang atau kacau kembali telur bersama hirisan peria. Tutup api dapur dankeluarkan dari kuali.

Resipi cucur udang untuk passembur atau rojak mamak

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100
-1 cawan tepung beras.
- 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
- 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
- 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
- 1/2 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
- 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
- sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit.
- Boleh tambah kucai, taugeh dan juga udang basah.
Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk "resepi passembur". Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama. Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dan garam. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak "CAP FELDA FVGH" sebelum naik harga minyak masak.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas sgt masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar "hijau".
Panaskan sudip ke dalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat "gam" untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna" Red Orange" atau "oren merah" bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain.