Saturday, November 2, 2013

Selawat Tafrijiah / Nariyah :

Selawat Tafrijiah / Nariyah :

- Menurut Imam Ad-Dainuri, Barangsiapa yang membaca selawat ini 11 setiap kali selepas solat lima waktu, rezekinya tidak akan putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

- Menurut Imam Al-Qurtubi, Barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali sehari , Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dipermudahkan segala urusan kehidupan.

:: Salam Jumaat yang penuh keberkatan ::

- Dr. Malinda

Ramping dengan karbohidrat

10 FAKTA - RAMPING DENGAN KARBOHIDRAT ============================= 1- RAMAI yang sanggup tidak menjamah nasi bertahun-tahun lamanya semata-mata beranggapan makanan berkarbohidrat tidak elok untuk tubuh terutama di kalangan mereka yang mahu mengurangkan berat badan. RAMAI yang gemar menolak makanan berkarbohidrat apabila mahu melangsingkan badan terutamanya wanita., Betul tak? 2- Sebelum bertindak mengelak daripada menikmati makanan berkarbohidrat, kita perlu memahami kelas karbohidrat yang sepatutnya. Hakikatnya, menikmati makanan yang padat dengan jenis karbohidrat yang betul antara RAHSIA mendapatkan tubuh ramping dan kekal langsing. 3- Makanan berkarbohidrat adalah satu daripada sumber utama tenaga untuk tubuh. Makanan berkarbohidat terbahagi kepada karbohidrat ringkas dan kompleks. Kanji sedemikian membantu kita makan pada kadar yang kurang, membakar lebih kalori serta meningkatkan tenaga, mengurangkan tekanan dan mengurangkan kolesterol. 4- Berdasarkan pelbagai kajian di pusat penyelidikan terkemuka, karbohidrat terdiri daripada kanji yang mempunyai ketahanan seperti biji-bijian, kekacang dan legum. 5- Mereka yang berbadan ramping sekalipun mengambil karbohidrat setiap hari malah kajian mendapati, apabila karbohidrat merangkumi 64 peratus (361 gram) daripada jumlah pengambilan kalori setiap hari, membantu tubuh agar kekal langsing. 6- Kebanyakan diet rendah karbohidrat mengehadkan pengambilan karbohidrat kurang daripada 30 peratus jumlah kalori, ada kalanya hanya 30 gram karbohidrat setiap hari. 7- Karbohidrat berkenaan membuatkan tubuh rasa kenyang kerana ia dihadam secara perlahan berbanding jenis makanan lain, sekali gus mencetuskan rasa kenyang pada otak dan perut. 8- Kebanyakan makanan yang kaya karbohidrat bertindak dengan mengekang selera makan. Ia lebih mengenyangkan berbanding protein atau lemak. 9- Gabungan karbohidrat yang tepat juga merupakan suatu cara yang baik untuk mengawal gula dalam darah dan mengelakkan diabetis. Apapun, pengambilan karbohidrat perlu digabungkan untuk mengelakkan kenaikan gula yang mendadak dalam darah. Contohnya, pilihan beras perang lebih baik daripada beras putih dan pengambilan yang sebaik-baiknya digabungkan dengan makanan lain seperti kekacang bagi menyeimbangkan gula darah. 10- Karbohidrat dalam makanan berkanji tahan lama itu juga mempertingkatkan metabolisme dan pembakar lemak semula jadi tubuh yang lain. Ketika makanan tersebut bergerak ke arah sistem penghadaman, ia membebaskan asid lemak yang menggalakkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut. Asid lemak ini membantu mengekalkan jisim otot dan turut meningkatkan metabolisme, yang membantu mempercepat proses pengurangan berat badan. 4 Tip Karbohidrat: ========== 1 - Tubuh yang langsung tidak mendapat karbohidrat sebagai sebahagian daripada pemakanan seharian boleh menyebabkan mereka mengalami KETOSIS. Ketosis - keadaan di mana tubuh berada dalam mod kelaparan dan mula menghadam tisu otot, bukannya lemak. Paling minimum, sebanyak 100 gram karbohidrat disarankan oleh pakar untuk menghalang daripada berlakunya ketosis. 2 - Bijian penuh yang juga karbohirat yang baik boleh didapati daripada makanan seperti oat, gandum penuh dan barli. Tambahkan bijian penuh dan kekacang dalam sajian seharian. 3 - Karbohidrat kompleks adalah sumber penting khasiat yang membekalkan tubuh dengan serat, potasium serta vitamin B, E dan C. Contoh makanan berkarbohidrat kompleks termasuk buah-buahan, sayuran dan bijian penuh. Karbohidrat kompleks ini lebih baik untuk tubuh kerana perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum ditukar kepada glukos. Ini membolehkan pembebasan glukos dan insulin secara stabil. 4 - Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah karbohidrat baik yang perlu diamalkan setiap hari. Sayuran tidak hanya menyihatkan malah kaya dengan antioksidan yang meningkatkan sistem ketahanan tubuh iaitu aspek penting untuk mengurangkan berat. Seeloknya, pelbagai warna sayuran dalam pemakanan seharian

Kunci-Kunci Kebahagiaan


Dr.Malinda

tips kesihatan

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerapmenegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari. Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 5 cara penjagaan muka berikut; 1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. 2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang. 3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul. 4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap. 5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

Petua Untuk Elak Dipukau

Petua Untuk Elak Dipukau

a. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

b. Ayatul Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih. Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan. Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

c. Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh.

Resipi Char Koay Teow lagi...Mamak haji

RESEPI CHAR KUOY TEOW PENANG - PENYEDIAAN PES DAN GORENG.

PENYEDIAAN PES ATAU KUAH:

Bahan-Bahan:

1 Jug ( 2 liter) air panas (setelah mendidih).
1 cawan gula pasir.
3 sudu besar perasa makanan (Aji Naik Moto).
1 cawan Kicap cair (Chineese HALAL light soy sauce).
1/2 cawan Kicap sos Ikan (cap ikan bawal).
1 cawan Kicap sos ikan(cap sotong).

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut dalam sebuah bekas sehingga gula larut. Pes anda telah sedia. Kemasinan pes anda bergantung kepada jenama kicap yang digunakan, maka anda perlu tentukan setiap kuantiti adunan dengan cita rasa anda sendiri. Anggaran kuantiti diberikan adalah sebagai panduan saja.
nota: Mamak Haji tidak gunakan sos tiram kerana sos ikan dan Perasa makanan digunakan. Sekiranya anda ingin gunakan, tentukan pes anda jangan terlalu masin dan pekat.

CHAR KUEY TEOW PULAU PINANG:

BAHAN-BAHAN:

- 500gm. kuey teow.
- 5 biji telur.
- 100gm taugeh.
- Secekak daun kucai
- 1/2 kilo udang besar segar bersaiz " A".
- 250 gm Cili Boh (diketuk 3 ulas bawang putih dan masak hingga pecah minyak. Ditepikan).
1 cawan minyak masak.

CARA-CARA MEMASAK:

1. Bersihkan udang. Jangan buang kepala dan kulit. Cuma gunting sesungut dikepalanya.

2. Daun kucai dibersihkan dan potong sepanjang 1 inci. Taugeh dibasuh bersih.

3. Panaskan kuali dengan agak api yang kuat, apabila kuali panas masukkan minyak masak. Masukkan udang sebanyak tiga ekor dan goreng cuma 15- 20 saat. Bila kulit udang bertukar warna kemerahan segera keluarkan kuali dari dapur dan masukan udang dalam alam sebuah bekas asing. Kuali yang bertangkai kayu amat sesuai untuk menyediakan resepi ini.

4. Panaskan kembali kuali, gunakan minyak gorengan udang dan masukkan 1 sudu kecil cili boh kepedasan terpulang pada rasa anda perlukan.

5. Masukkan secekak koat teow masukan kedalam kuali , diikuti dengan taugeh dan sedikit daun kucai. Jangan biarkan taugeh dan kucai anda melecur dalam proses ini. Masakan perlu pantas dengan api dapur yang keras 3-5 saat sudah memadai. Masukkan 2 senduk pes yang telah sedia ke dalam kuali . Pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali. Apabila telur putih mula menujukkan tanda masak, segera keluarkan kuali dan tuang kedalam pingan hidang tersedia. Masukkan udang yang tersedia goreng ke atas kuey teow anda. Boleh guna cili jeruk untuk menambahkan kelazatan.

6. Proses masak koay teow 1 hidangan ini gunakan api yang keras dan seluruh masa masak cuma 2-3 minit. Bayangkan kepantasan yang anda perlu ada pada anda. Masakan ini perlu masak satu demi satu hidangan. Tidak boleh masak selonggok seperti kuey teow goreng. Masak sepingan demi sepingan. Suri rumah tidak perlu berebut seperti tukang masak mahir. Boleh gunakan api max didapur dan masak perlahan sedikit tak mengapa. Uji hidangan pertama untuk rasa garam dan kuahnya secukup. Hidangan seterusnya anda akan mengetahui sendiri apa yang kurang dan lebih. Kicap ini ada berjenis-jenis dan kemasinan dan warnanya tidak seimbang sebab itu hidangan pertama adalah Test Food anda untuk menetukkan pes anda dan juga kuatiti bahan yang telah diadunkan.

7. Simpan pes/kuah yang berlebihan ini ke dalam peti sejuk. Boleh digunakan untuk goreng mee atau beehoon dan maggie yang lazat atau pun resepi kuey teow kerang. kuey teow yang tidak habis digunakan jangan sekali simpan dalam peti sejuk. Bila masak kuew teow anda akan hancur.

Resepi Cili Jeruk:

Bahan-Bahan:

1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Di rendam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan cili. Bersihkan dengan dgn air sekurang-kurangnya 3 X kali sebelum digunakan.
2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel di atas api yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai pengawet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan Sodium Benzoate dlm kadar yang diluluskan oleh WHO.
 —

Friday, November 1, 2013

Syeikh Zainul Asri: Boleh tak kalau kita tak buat maksiat? | Menyesal It...

http://www.youtube.com/v/k59VLD5jcTI?version=3&autohide=1&feature=share&autoplay=1&autohide=1&attribution_tag=s7zcn7C4nBnGYs6oIbJM-A&showinfo=1

Tips untuk mudahkan bersalin

Ni antara tips2 utk mudahkan bersalin:

2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga. 

Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah. 

Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg aku amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

Makan kurma dalam bilangan ganjil

Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk (aku mmg failed nak pegang buku lali. Peha besar sgt...so pegang je la besi palang katil tu)

Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang 

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK: oleh mamak haji

RESEPI CUCUR UDANG UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100
-1 cawan tepung beras.
- 3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
- 3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
- 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.
- 1/2 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
- 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
- sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit.
- Boleh tambah kucai, taugeh dan juga udang basah.
Nota: Mamak haji tak tambah kisaran udang, taugeh, kucai, bawang atau cili hijau. kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia digunakan untuk "resepi passembur". Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama. Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan ranggup. kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi seperti kueh tempeyek.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dan garam. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak "CAP FELDA FVGH" sebelum naik harga minyak masak.

4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas sgt masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar "hijau".
Panaskan sudip ke dalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.

6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.

7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat "gam" untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.

8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna" Red Orange" atau "oren merah" bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan. Maka terus mencuba untuk mendapatkan gorengan terbaik dengan melatih. Kena melatih sendiri untuk memahirkan diri. Masak ini memerlukan kesabaran, ketabahan, tidak mengaku kalah atau kecewa. Kena lakukan sendiri dengan minat mendalam. Takat salin resepi dan buat berniaga ia tak menjadi. Cucur udang passembur kita perlu berlainan dari orang lain. Maka kita perlu punyai daya cipta dan kreativiti dalam perniagaan untuk terus maju.. 

Thursday, October 31, 2013

[Live]Kuliah Dhuha - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif

http://www.youtube.com/v/rXgWYZ-Eg8M?version=3&autohide=1&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=D29UjQHUSNXZ2oHYphmBpg&autohide=1&feature=share